Jenis untuk lelaki Seluar_dalam

Seluar dalam mempunyai banyak jenis dan nama berbeza mengikut rekaan yang menutupi dan melapik bahagian yang diingini.

Briefs

Seluar dalam jenis briefs wdengan bukaan menegak Y di hadapan

Briefs [brifs] ialah jenis seluar dalam paling asas yang menutupi kawasan cawat seluar yakni pangkal paha serta menutupi alat kelamin lelaki. Seluar dalam jenis ini lazim menyokong keseluruhan alat sulit dalam keadaan selesa memudahkan pergerakan aktif lagi-lagi semasa bersukan di mana seluar dalam jenis lain cenderung melondeh naik sehingga menyusahkan pemakai.

Boxers

Selusr dalam jenis boxers bercorak petak

Boxer shorts atau boxers [bok-sĕrs ]mempunyai kaki yang direka longgar bagi memudahkan pergerakan kaki. Jenis seluar dalam ini dinamakan sedemikian kerana ia menyerupai seluar dipakai petinju (Bahasa Inggeris: boxer).

Boxer briefs

Seluar dalam jenis boxer briefs yang mengetat pada hujung paha.

Boxer briefs atau trunks ialah sejenis pakaian dalam lelaki yang direka dengan kaki lebih memanjang daripada seluar dalam jenis briefs (yakni seakan jenis boxer shorts, namun muat-muat pada bahagian cawat dari pinggang sehingga paha sepertimana seluar dalam jenis seluar briefs. Seluar dalam jenis ini amat lazim dipakai di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, dan Kanada. Seluar dalam jenis ini lazim digunakan dalam olahraga sebagai ganti atau pakaian tambahan kepada jokstrap, tetapi kini juga biasa digunakan untuk pakaian sehari-hari.

Seluar dalam jenis ini biasanya tidak mempunyai pita elastik yang ketat di sekeliling kakinya tetapi lebih bergantung kepada keanjalan keseluruhan kain sebagai sokongan maka kawasan bukaan kaki seluar lebih selesa. Seluar dalam jenis ini juga pelbagai reka bentuk depannya sama ada tertutup, berbutang, berkantung atau berselit. Sesetengah seluar dalam ini mempunyai jahitan di bahagian belakang untuk menggariskan bentuk punggung dan mengelakkan kelim tengah.